Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 30, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Kira-kira 150 orang hilang tempat tinggal apabila 18 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata 2 di Likas dekat sini, hari ini.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Hamsa Isnurdini berkata pihak bomba menerima panggilan pada pukul 12.05 tengah hari dan empat jentera bersama 37 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Turut terlibat dalam operasi memadam kebakaran ialah 18 anggota bomba sukarela dan lima anggota Jabatan Pertahanan Awam, katanya.

“Bekalan air di sini kurang. Jadi, kami terpaksa mendapatkan air daripada longkang untuk memadamkan api,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Hamsa berkata api berjaya dipadamkan pada pukul 12.40 tengah hari dan punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment