Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seramai 46 individu dipilih menyertai Skim Pembangunan Usahawan Kecil (SPUK) kendalian Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) pada 21 hingga 24 Januari lalu.

YWP dalam satu kenyataan media memberitahu, skim itu bertujuan memperkasakan kemahiran dan skil perniagaan dalam bidang yang diceburi dalam kalangan peserta.

“Program ini diadakan di Akademi Jemari, Sri Rampai Business Park. SPUK merupakan inisiatif berterusan YWP untuk memperkasakan kemahiran dan menambah pendapatan usahawa kecil di Kuala Lumpur.

“Ia juga selaras dengan agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera. SPUK kali ini dimulakan dengan Kursus Kecantikan-Kemahiran Hardskill yang mempunyai permintaan pasaran yang tinggi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, peserta SPUK diagihkan kepada dua kursus iaitu Solekan dan Dandanan Rambut/Tudung serta Spa dan Rawatan Muka.

Kata kenyataan itu, para peserta diberi pendedahan secara praktikal selama empat hari bagi mempertingkatkan kemahiran serta kualiti perkhidmatan mereka.

Peserta terbabit turut dibekalkan dengan peralatan dan keperluan untuk dipraktikkan dan memulakan perniagaan
secara kecil-kecilan khususnya secara bergerak atau dari rumah.

Tambah kenyataan itu, setiap peserta juga ditawarkan peluang untuk menyambung pelajaran selama enam bulan di GiatMara.

0 comments:

Post a Comment