Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa syukur kerana kira-kira 1,300 pelajar Malaysia yang ditaja Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Mesir, berada dalam keadaan selamat dan tidak mempunyai masalah untuk meneruskan pengajian mereka di negara bergolak itu.

Perdana Menteri berkata beliau sentiasa mendoakan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia walau di mana mereka berada.

“Utamakanlah keselamatan diri serta jauhilah sebarang konflik,” katanya dalam entri terbaharu beliau di laman sosial Facebook hari ini sebagai mengulas status Bernama Radio24 yang memaparkan berita berkenaan.

Semalam, Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya, tiada insiden yang boleh membahayakan keselamatan pelajar Malaysia dilaporkan berlaku di Mesir.

Pada 24 Januari lepas, tiga letupan bom menggegarkan Kaherah menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh ketika rakyat negara itu bersiap sedia memperingati ulang tahun ketiga kebangkitan rakyat pada 2011. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment