Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

STOCKHOLM – Pihak pendakwaan memperoleh perintah Mahkamah Daerah Solna hari ini bagi melanjutkan tahanan reman Shalwati Norshal sehingga 10 Feb ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.

Mahkamah mengeluarkan perintah itu bagi membolehkan pihak pendakwaan, yang diwakili Anna Arnelle, terus menyiasat kes berkenaan.

Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah secara fizikal dan prosiding dijalankan menerusi persidangan video.

Semalam, mahkamah sama membenarkan permohonan pendakwaan bagi melanjutkan tempoh tahanan reman suami Shalwati, Azizul Raheem Awalludin, selama 11 hari lagi iaitu sehingga 10 Feb.

Azizul, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati direman sejak 18 Dis lepas, dan penahanan mereka sudah dilanjutkan sebanyak tiga kali.

Tiada had penahanan reman di Sweden.

Keempat-empat anak pasangan itu, yang sebelum ini diletak di bawah jagaan sebuah keluarga bukan Islam ketika ibu bapa mereka ditahan reman, diserah kepada Kedutaan Malaysia di sini semalam.

Kesemua mereka berlepas pulang ke Malaysia pada 6.30 pagi waktu tempatan hari ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment