Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 30, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu tidak menunjukkan sebarang tanda mahu menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia.

Deputi Superitenden Abdul Rani Alias, ketua pasukan komando VAT69 di Sektor D, berkata ketika pasukannya melakukan intipan di Kampung Tanduo dari 28 Februari hingga 1 Mac 2013, tidak ada tanda yang menunjukkan para penceroboh itu mahu menyerah diri.

Semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai kumpulan pendakwa raya, Abdul Rani berkata pada masa itu, pasukannya menganggap para penceroboh yang membawa senjata api dan menduduki kawasan itu sebagai askar tempur musuh.

Saksi kelima itu bersetuju dengan cadangan Abdul Gani bahawa misi VAT69 bukan untuk bertempur dengan musuh kecuali jika mereka diserang.

Abdul Rani juga berkata beliau tidak nampak sebarang petunjuk bahawa penceroboh bersenjata itu mahu menyerah diri sepanjang tempoh sehingga 1 Mac 2013.

Abdul Gani: Misi anda hanyalah untuk membuat tinjauan rapat?

Abadul Rani: Ya.

Abdul Gani: Apakah arahan yang diberikan kepada anda pada 28 Feb, 2013?

Abdul Rani: Untuk melakukan tinjauan rapat dan kami hanya boleh bertindak balas jika ditembak.

Abdul Gani: Anda juga memberitahu mahkamah bahawa setiap anggota anda mempunyai 400 butir peluru yang menunjukkan mereka bersedia untuk bertempur. Adakah ia benar?

Abdul Rani: Ya.

Adul Rani berkata ia adalah amalan biasa bagi  VAT69  untuk membawa 400 butir peluru bagi mempertahankan diri mereka jika ditembak oleh musuh.

Semasa memberi keterangan di hadapan Hakim Stephen Chung, saksi itu berkata pada 6 Mac tahun lepas, pasukannya bersama-sama pihak tentera telah menjalankan  operasi mengerah keluar penceroboh di Tanjung Batu.

Ketika ditanya Abdul Gani mengapa para penceroboh itu dikerah keluar dari  kawasan itu yang berdekatan ‘sentri’ di Tanjung Batu, pegawai kanan VAT69 itu menjawab bahawa ia bertujuan mengelakkan sebarang musibah kepada orang awam dan pihak keselamatan.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Abdul Gani bahawa sebelum 28 Februari 2013, para penceroboh bersenjata itu tidak menduduki kawasan lain kecuali kawasan di Kampung Tanduo.

Abdul Rani juga berkata beliau tidak bimbang ditembak penceroboh semasa melakukan tinjauan udara dengan sebuah helikopter pada 23 Februari dan 26 Februari tahun lepas di Kampung Tanduo.

Terdahulu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh mengenai jengkaut yang ditemui di kawasan rumah dua tingkat di Kampung Tanduo, Abdul Rani berkata beliau berpendapat jentera itu mungkin digunakan untuk mengorek atau membina kubu tanah sebagai pertahanan.

Sebanyak 27 tertuduh warganegara Filipina dan tiga lagi rakyat Malaysia  dituduh melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong yang jika sabit kesalahan membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan menjadi anggota kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Seorang daripada mereka turut berdepan dua pertuduhan tambahan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui
anggota kumpulan pengganas.

Lima individu daripada lapan tertuduh lagi berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala seorang lagi, iaitu satu-satunya wanita dan merupakan warganegara Malaysia, didakwa melindungi individu yang diketahuinya anggota kumpulan pengganas.

Dua lagi berdepan pertuduhan cuba melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan masing-masing antara 12 Februari dan 10 April tahun lepas.

Perbicaraan itu, yang dikendalikan di Jabatan Penjara Sabah, akan disambung pada 10 Februari ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment