Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mencadangkan supaya skop dan tanggungjawab pelbagai agensi yang terlibat dalam isu keselamatan jalan raya distruktur semula bagi menjayakan usaha transformasi keselamatan pengangkutan awam negara ini.

SPAD dalam satu kenyataan media memberitahu, penyelarasan skop tugas dan tanggungjawab itu perlu dilakukan dibawah satu agensi dengan kadar segera bagi mewujudkan mekanisme kawalan yang lebih efisien.

“Pada masa ini pemeriksaan berjadual kenderaan awam dan perdagangan dilakukan oleh Puspakom, manakala struktur reka bentuk setiap kenderaan awam (bas atau lori) termasuk bilangan penumpang bagi bas (duduk dan berdiri) ditentukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“JPJ juga bertanggungjawab atas pengeluaran “Public Service Vehicle” (PSV) kepada pemandu pengangkutan awam. SPAD pula mengeluarkan lesen pengendali setelah meneliti beberapa perkara berkaitan dengan syarikat dan sekiranya ada keperluan serta permintaan dari rakyat,” kata kenyataan itu hari ini.

SPAD dalam itu memaklumkan, SPAD telah mengkaji semula semua kaedah pemberian permit bagi kenderaan awam yang diamalkan sebelum penubuhan SPAD dan dalam proses mengeluarkan kad pemandu dalam sistem maklumat pemandu SPAD bagi memantau prestasi pemandu pengangkutan awam.

Selain itu, SPAD juga telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan SPAD ICOP Keselamatan yang telah berkuatkuasa pada 20 Ogos 2013 untuk semua pengendali bas yang bertujuan umemberi garis panduan keselamatan praktikal bagi semua pengendali bas demi memastikan keselamatan operasi dan mengurangkan insiden kemalangan.

Menurut kenyataan itu, hasil utama yang diharapkan melalui program latihan SPAD ICOP – Keselamatan adalah menjadikan agenda keselamatan sebagai agenda utama bagi setiap pengendali pengangkutan awam darat.

Ia juga bertujuan menerapkan nilai-nilai moral untuk membantu mengatasi masalah dan kelemahan amalan keselamatan bagi pengendali pengangkutan awam darat dan menjadikan amalan keselamatan sebagai budaya dan norma industri pengangkutan awam.

“SPAD turut menyambut baik cadangan untuk mewujudkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara bagi menyiasat dan menangani kes-kes kemalangan ngeri seperti kemalangan di Genting Highland pada 21 Ogos 2013,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment