Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

TANYALAH pada mana-mana wanita, pasti mereka bersetuju bahawa proses kehamilan pertama adalah detik yang cukup bermakna dan begitu berharga.

Oleh itu, ramai wanita kini sanggup berbuat apa sahaja untuk merakamkan momen indah itu termasuklah mengupah jurugambar atau juruvideo profesional, bagi merakamkan detik indah itu.

Dan itu jugalah yang dirasai dan dilakukan oleh pelakon dan juga pengacara jelita, Yasmin Hani ketika melalui proses kehamilan anak sulungnya, Noah Ismail Wong.

Bermula secara suka-suka, Hani dan suaminya, Sha’rin  Razali mengambil keputusan untuk merakamkan proses kehamilan Hani menerusi syarikat produksi milik Sha’rin iaitu  Blublack Production dan berkongsi rakaman tersebut dengan masyarakat umum menerusi program Selebriti Materniti, Yasmin Hani.

“Sebenarnya saya dan suami tidak pernah merancang untuk menerbitkan program tersebut kerana pada asalnya kami mengambil gambar dan video sekadar simpanan peribadi untuk ditunjukkan kepada anak kami apabila dia dewasa nanti.

“Idea ini lahir selepas kami merasakan footage yang diambil semasa proses itu sangat menarik untuk dipertontonkan serta dikongsi bersama ibu-ibu yang baharu pertama kali hamil dan memberi manfaat kepada orang lain,” katanya ketika sidang media rancangan itu di TGV Cinema, One Utama, kelmarin.

Menurut Sha’rin, dia pada mulanya bimbang andai ada merasakan program itu seperti syok sendiri, namun apabila melihat selitan footage termasuk bersama doktor, dia yakin program ini akan memberi manfaat buat semua.

“Sebelum membuat keputusan memaparkan pengalaman ini, kami selalu bertanya dan rujuk orang yang lebih tua mengenai cara menjaga kehamilan dan sebagainya. Kadang-kadang kami dengar orang kata itu, ini dan saya berkata kepada Hani, kenapa tak ada orang beritahu kita mengenai perkara ini.

“Kami bukan sahaja berkongsi cerita dan pengalaman, tetapi turut memaparkan temu bual bersama doktor dan beberapa tips untuk info penonton,” katanya.

Program bermanfaat

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, Astro sentiasa mencuba mempelbagaikan program untuk tontonan penonton termasuk program berbentuk infotainment.

Apatah lagi katanya, sambutan penonton terhadap program sebegini membuat mereka yakin menayangkan di saluran Maya HD.

“Sebelum Hani, kita pernah menayangkan program sama melibatkan Erra Fazira dan terbaharu Betty Benafe. Berdasarkan maklum balas, ramai yang suka dengan program sebegini kerana ia memberikan manfaat kepada semua,” katanya.

Program Selebriti Materniti, Yasmin Hani akan disiarkan secara eksklusif di saluran Maya HD pada pukul 9.30 malam bermula 3 Februari ini.

Bakal bersiaran pada 3 Februari depan pada setiap hari Isnin. Ia memaparkan pengalaman Yasmin dan suaminya, Sha’arin Razali menyambut kelahiran anak sulung mereka, Noah, yang kini sudah berusia tiga bulan.

Selain itu, Yasmin berkata, program yang mempunyai empat episod itu kira-kira 90 peratus mengenai proses kehamilannya sehinggalah melahirkan Noah yang telah diringkaskan dalam bentuk dokumentari.

“Saya tahu pengalaman hamil setiap wanita berbeza-beza, jadi dalam rancangan ini kami bukan sahaja berkongsi pengalaman mengandung saya sendiri dari ‘baby shower’ hingga saat di bilik bersalin, majlis cukur dan akikah tetapi banyak informasi yang berguna untuk semua,” katanya.

0 comments:

Post a Comment