Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

One Comment
Mawar (dua kiri) bersama Faridah, Fizo dan Aminuddin menunjukkan rekaan tudung Fareeda selepas majlis taklimat dan sesi temuduga di PPW Pengkalan Chepa semalam.
KOTA BHARU - Syarikat pengeluar tudung terkemuka, Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) menyasarkan jualan mencecah RM10 juta untuk pasaran Pantai Timur menjelang akhir tahun ini menerusi pembukaan cawangan terbarunya Mac ini.

Pengarah Urusannya, Aminuddin Basirron berkata, cawangan baharu tersebut merupakan Ibu Pejabat Fareeda utama di Pantai Timur.

“Dengan pembukaan cawangan baharu ini juga di Kubang Kerian, kami menyasarkan peningkatan jualan yang turut akan memperkenalkan Fareeda ke peringkat lebih baik.

“Ini memandangkan permintaan yang diterima cukup tinggi daripada pelanggan di Kelantan, Pahang serta Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi temuduga bagi pengambilan pekerja untuk cawangan baharunya di Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah JPW, Azlina Imran; pengasas Fareeda, Faridah Zakaria, Pengurus Pemasaran, Mawar Abdul Karim serta suaminya Fizo Omar.

Pada sesi temuduga tersebut, sebanyak 5,000 permohonan diterima untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan untuk pembukaan cawangan terbaharu Fareeda.

Beliau berkata, pihaknya turut merancang akan membuka lebih banyak cawangan selepas ini memandangkan permintaan yang diterima terhadap tudung Fareeda cukup tinggi.

“Kini, kita perlu mengeluarkan kira-kira 5,000 helai setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan yang ingin mendapatkan koleksi tudung  Fareeda ini.

“Selepas pembukaan di Kelantan, kita akan membuka cawangan di Bertam, Pulau Pinang untuk tahun ini dan seterusnya di Johor Bharu, Ipoh serta Brunei,” katanya.

1 comments: