Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Johor mencatatkan bilangan kes kesalahan tertinggi pada hari kesebelas Ops Harga 2014 dijalankan semalam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata daripada 47 kes yang dicatatkan semalam, sembilan ialah di Johor, diikuti Selangor (lapan), Terengganu (tujuh), Perak (enam), masing-masing empat di Kelantan dan Melaka, masing-masing tiga di Sarawak dan Kedah, Negeri Sembilan (dua) dan Pahang (satu).

“Notis juga dikeluarkan kepada seorang peniaga di Selangor. 47 kes itu pula melibatkan 33 kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 manakala bakinya adalah mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972,” katanya kepada Bernama dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasan menambah pemeriksaan itu turut melibatkan nilai rampasan sebanyak RM4,455.75 dan kompaun RM3,450.

Sebanyak 5,588 premis perniagaan diperiksa pada Ops Harga semalam membabitkan 2,459 pasar basah, kedai runcit (1,126), pasar malam atau pasar tamu (1,050), gerai makan (181), kedai makan (171), pasar mini (154), pasar tani (139), pasar raya (82), pemborong (81), medan selera (66), restoran (61), pasar raya besar (17) dan pengeluar (1).

KPDNKK melaksanakan operasi itu serentak di seluruh negara bermula minggu lepas melibatkan 1,800 pegawai penguat kuasa dan 1,100 pegawai pemantau harga bagi membendung masalah kenaikan harga barangan yang membebankan pengguna kebelakangan ini.

Mereka yang didapati bersalah mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara dua tahun manakala bagi kesalahan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM4,000 atau penjara tiga tahun. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment