Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

BEKAS pemain bola sepak legenda negara, Wong Choon Wah,66, meninggal dunia awal pagi Jumaat selepas dikejarkan ke hospital kerana mengalami kesukaran bernafas.

Choon Wah merupakan salah seorang pemain bola sepak Malaysia yang paling awal menyertai pasukan profesional beraksi untuk Persatuan Athletic Hong Kong China Selatan pada tahun 1972 hingga 1974.

Beliau juga merupakan pemain negara pada tahun 1970-an dan bermain dalam kesemua tiga perlawanan pada Sukan Olimpik di Munich pada tahun 1972.

Choon Wah dianggap sebagai seorang pemain terbaik negara dan juga bekas pemain Selangor.

Choon Wah membuat penampilan pertama aksi Piala Malaysia bersama Selangor pada tahun 1968 selepas mempamerkan persembahan menarik ketika bermain dengan Kelab Rekreasi Cina Selangor.

Pasukan Selangor tidak pernah tewas pada aksi akhir sepanjang Choon Wah bersama skuad itu pada tahun 1968 , 1969, 1971, 1975 dan 1976. – mStar

0 comments:

Post a Comment