Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang tewas pada pemilihan jawatan presiden parti itu pada Disember lalu mencadangkan supaya Datuk Seri Liow Tiong Lai bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor.

Beliau berkata, pencalonan Tiong Lai selaku Presiden MCA yang baharu menentang tokoh pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peluang cerah kepada Barisan Nasional (BN) merampas kerusi itu daripada pembangkang memandangkan 40 peratus pengundi di kawasan itu merupakan kaum Cina.

“Saya menyeru Pengerusi Jawatankuasa PRK DUN Kajang, Datuk Dr. Wee Ka Siong mencalonkan Tiong Lai di Kajang. Memandangkan PKR mencalonkan ketua pembangkang (Anwar), mungkin seseorang seperti Tiong Lai mempunyai kemampuan untuk mengatasi Anwar.

“Kemenangan Tiong Lai nanti juga boleh membuktikan transformasi yang berjaya beliau lakukan ke atas MCA,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Tee Keat dalam pada itu menyifatkan tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kawasan tersebut merupakan satu pengkhiatan kepada penduduk Kajang dan tidak menunjukkan kematangan dalam politik.

Menurutnya, rakyat terutama penduduk Kajang sudah parti mempersoalkan keikhlasan pakatan pembangkang dalam berkhidmat untuk mereka kerana kepercayaan mereka dengan mudah `digadai’ oleh parti yang mereka undi pada pilihan raya umum lalu.

“Satu permainan yang dasyat sedang dimainkan dalam isu ini yang akhirnya menyebabkan semua pihak dalam kerugian,” katanya.

0 comments:

Post a Comment