Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Timbalan Setiausaha Agung DAP, Chong Eng mahu lebih banyak tandas awam untuk wanita disediakan bagi memenuhi keperluan golongan tersebut.

Beliau mendakwa, kebanyakan tandas awam di pasar raya, stesen minyak dan restoran menyediakan tandas yang perlu dikongsi oleh lelaki dan wanita atau dalam nisbah 1:1.

“Setiap manusia iaitu wanita dan lelaki mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza. Wanita perlu disediakan tandas yang mencukupi tanpa perlu menunggu lebih lama untuk menggunakan tandas.

“Malah, jika diberi nisbah lelaki dan wanita yang sama, masa yang diperuntukkan untuk wanita menggunakan adalah lebih lama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru Chong Eng meminta kerajaan Malaysia mengadakan kempen memberi kesedaran kepada semua pihak supaya mengambil inisiatif meningkatkan jumlah tandas wanita di premis masing-masing.

Antaranya dengan mencontohi Taiwan yang menetapkan nisbah tandas lelaki dan wanita 1:3 sementara Hongkong mencadangkan nisbah 2:3.

0 comments:

Post a Comment