Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

BANGI – Jenazah budak perempuan berusia tujuh tahun, yang dikelar hingga mati oleh bapanya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi di sini semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di sini, hari ini.

Suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian itu, yang dihadiri ibu mangsa, sanak saudara serta jiran tetangga.

Sebelum itu, jenazahnya dimandikan di Hospital Serdang dekat sini sebelum dibawa ke Surau Al-Kauthar, Bandar Baru Bangi untuk disembahyangkan selepas solat Jumaat.

Ibu mangsa dan sanak saudaranya enggan memberikan komen ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan itu.

Dalam kejadian 4.15 petang semalam, lelaki berusia 44 tahun yang menganggur sejak dua tahun lepas, mengelar anak perempuannya itu serta mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka.

Lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

Sementara itu, seorang jiran mangsa berkata semasa kejadian itu, beliau cuba menghulur bantuan tetapi ditegah jiran lain kerana suspek dipercayai masih memegang parang.

Dalam kejadian itu, katanya anak suspek berusia 12 tahun yang cedera dan berlumuran darah turut berlari masuk ke rumahnya untuk meminta bantuan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di rumah suspek di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Seorang lagi jiran berkata suspek dan keluarganya adalah keluarag yang baik.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada suspek mempunyai masalah atau perselisihan faham dengan anggota keluarganya sehingga mendorongnya mengelar anak-anaknya. – BERNAMA

Foto : Surianie Mohd Hanif (NST)

0 comments:

Post a Comment