Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

SARIKEI – Operasi mencari dan menyelamat disambung pagi ini untuk mencari dua pemuda yang masih hilang selepas bot mereka karam di Sungai Rajang dekat Tanah Putih, dekat sini kira-kira 2.15 petang semalam.

Dua lagi mangsa selamat dalam kejadian itu. Keempat-empat mereka dari rumah panjang Rh Buda ketika itu dalam perjalanan untuk memancing.

Dua daripada mereka berjaya berenang menyelamatkan diri dikenal pasti sebagai Edison Ali, 15, dan Leonado David, 14, manakala yang masih hilang ialah Freedy Samuel, 13, dan Anthony Abell Ali, 18.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata pejabatnya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 2.15 petang semalam.

Katanya, pegawai dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Jabatan Pertahanan Awam, polis dan penduduk kampung membantu anggotanya dalam operasi mencari dan menyelamat itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment