Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dikritik hebat oleh jentera PAS berikutan tindakan parti itu sengaja mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki kerusi berkenaan untuk melayakkan dirinya menjadi Menteri Besar Selangor.

Jika sebelum ini Dewan Pemuda PAS (DPP) Selangor paling lantang mengkritik tindakan tersebut selepas menyedari sikap taman Anwar, hari ini DPP Perak menyuarakan pendangan serupa dengan menyifatkan strategi yang digunakan oleh Anwar tersebut akan turut menjejaskan imej parti PAS selaku anggota dalam pakatan pembangkang.

Malah, Pengarah Jabatan Pilihanraya DPP Perak, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar tanpa berselindung menegaskan bahawa DPP Perak sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan PKR tersebut.

“Kami berpandangan, kekosongan kerusi secara mengejut tiada kewajarannya oleh kerana ianya memberikan imej tidak baik kepada pakatan termasuklah PAS itu sendiri,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Fakhrulrazi bagaimanapun mengakui DPP Perak akan tmembantu kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang jika diarahkan berbuat demikian oleh kepimpinan tertinggi PAS kerana tidak mahu membelakangi keputusan dan pendirian parti.

Justeru, beliau meminta pemimpin PAS yang lain supaya tidak mengeluarkan sebarang pandangan yang melebihi atau mencabar keputusan yang telah dikeluarkan oleh parti berhubung kempen PRK DUN Kajang kelak.

Beliau turut mengakui susana getir sedang berlaku di Selangor kerana rakyat negeri itu sangat berpuas hati dengan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi gusar dengan konflik politik yang sedang berlaku dalam PKR.

“Kami sebagai rakan parti komponen akan bersama-sama membantu mencari jalan penyelesaiannya tetapi bukan untuk peribadi sebaliknya untuk kepentingan rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada pakatan untuk memimpin negeri itu,” tegasnya.

0 comments:

Post a Comment