Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 30, 2014

No Comment

BUKIT MERTAJAM – Maklum balas daripada pengundi di Parlimen Permatang Pauh mendapati kebanyakan mereka tidak menyukai dan kecewa dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Selangor.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said berkata mereka berpendapat tindakan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu adalah jelas demi kepentingan politiknya untuk memperoleh kuasa tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Beliau berkata seluruh masyarakat Permatang Pauh menyedari bahawa selama Anwar menjadi anggota Parlimen di sini beliau gagal melaksanakan amanah yang diberi dan pencapaiannya amat teruk sekali.

“Sebanyak 70,760 pengundi di Permatang Pauh sudah semestinya amat terkilan dengan keputusan Anwar itu kerana selama ini beliau tidak pernah mengambil tahu masalah rakyat malahan tidak berminat langsung untuk membantu dan tiba-tiba mahu bertanding di Kajang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKR yang menamakan Anwar untuk mengisi kekosongan kerusi Dun Kajang, sekiranya ada pertandingan, selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu pada Isnin.

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata Umno bahagian Permatang Pauh secara sukarela akan menghantar 30 petugas sepenuh masa sepanjang kempen pilihan raya kecil Dun Kajang jika Barisan Nasional menghantar calon untuk bertanding.

“Kami akan hadir di sana dengan segala maklumat, bahan dan fakta mengapa Anwar tidak boleh dimenangkan di Kajang dan dalam masa yang sama satu lagi pasukan akan mengumpul segala maklumat daripada penduduk di Permatang Pauh bagi mendedahkan masalah rakyat yang anggota Parlimen itu tidak selesaikan sekian lama,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment