Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

JITRA – Op Selamat 4 sempena Tahun Baharu Cina yang masuk hari ketujuh semalam mencatatkan 7,240 kes iaitu menurun sebanyak 12.5 peratus berbanding 8,273 kes bagi tempoh yang sama pada perayaan itu tahun lepas.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata pengurangan sebanyak 1,033 kes menunjukkan kempen itu memberi kesan positif dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena musim perayaan.

Katanya kadar kematian akibat kemalangan jalan raya juga berkurangan iaitu daripada purata 19 peratus (daripada jumlah kemalangan) sehari kepada 11.6 peratus.

“Kes pecah rumah (yang juga dalam Op Selamat) juga berkurangan, menampakkan Op Selamat ini memberi kesan,” katanya kepada pemberita ketika meninjau operasi Op Selamat 4 di Pekan Tunjang di sini hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang pulang ke kampung halaman agar memaklumkan kepada balai polis berhampiran untuk memudahkan anggota polis melakukan rondaan bagi mengelak kejadian pecah rumah.

Sementara itu, Salleh berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat perancangan awal untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor bagi memastikan ia berjalan lancar.

Katanya polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana penyokong parti yang melakukan kesalahan sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil itu diadakan nanti, seperti melakukan provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan antara penyokong parti politik yang bertanding.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat Isnin lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi DUN Kajang itu pada 5 Feb.

Mengenai hasrat pakatan pembangkang mahu mengadakan perhimpunan di Pekan Rabu, Alor Setar Ahad ini, Salleh berkata beliau dimaklumkan setakat ini polis negeri tidak menerima sebarang notis mengenai perhimpunan tersebut.

Katanya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur perlu memohon permit daripada polis 10 hari sebelum perhimpunan dianjurkan.

“Kalau ikut peraturan kita akan bantu bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka gagal mengikut undang-undang sedia ada,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment