Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri sedang mempertimbangkan tiga kaedah untuk mengawal penjualan dan pengedaran daun ketum, yang dianggap sebagai tumbuhan mengkhayalkan seperti dadah, termasuk menggubal akta baharu untuk mengawal penanaman tumbuhan itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain menggubal undang-undang, dua lagi kaedah yang boleh diambil ialah menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan memasukkan daun ketum sebagai bahan dalam Jadual Satu Akta Dadah Berbahaya atau mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas).

“Ketiga-tiga perkara ini masih dalam perbincangan terperinci di peringkat kementerian dan satu kajian sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim.

Sebelum ini, polis mengesyorkan agar daun ketum dimasukkan dalam Jadual Satu Akta Dadah Berbahaya bagi membolehkan hukuman lebih berat seperti kesalahan dadah kerana perundangan Malaysia kini menetapkan pengedaran daun ketum hanya boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Akta Racun hanya memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan. Bagaimanapun polis mendapati kebanyakan kes hanya dikenakan denda.

Ahmad Zahid berkata pihaknya juga telah meminta pegawai perundangan daripada kementerian dan Jabatan Peguam Negara untuk turut meneliti perkara itu termasuk mengkaji satu perundangan di Thailand berkaitan penguatkuasaan daun ketum untuk diadaptasikan di negara ini.

Beliau berkata hasil intipan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis juga mendapati daun ketum banyak ditanam di kawasan utara Semenanjung dan pihaknya serius untuk menangani masalah penyalahgunaan daun ketum kerana didapati 75 peratus pelaku jenayah menggunakan dadah.

Berhubung perkembangan Operasi Bersepadu Fasa 2 Kementerian Dalam Negeri menangkap pendatang asing tanpa izin bermula 21 Jan lalu, Ahmad Zahid berkata pihaknya telah menghantar pulang 1,239 pendatang asing ke negara asal masing-masing.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 563 rakyat Indonesia, Myanmar (177), Bangladesh (113), Nepal (78), Vietnam (61), India (42), Sri Lanka (41), Pakistan (40), Kemboja (32), Filipina (29), China (20), Thailand (15) dan selebihnya warganegara lain. – Bernama

0 comments:

Post a Comment