Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment
Tendangan gunting Alcantara (kanan) berjaya menerjah jaring Stuttgart pada minit ke-86.

PENGENDALI Bayern Munich, Pep Guardiola menyifatkan kemenangan 2-1 dicatat pasukannya pada minit terakhir perlawanan menentang Stuttgart awal pagi semalam disifatkan sebagai kemenangan istimewa.

Ini kerana jelas Guardiola, pasukannya gagal menembusi benteng pertahanan lawan sehingga membolehkan Stuttgart mendahului pada minit ke-29.

“Mereka bermain dengan baik pada 30 minit pertama. Tampil agresif sehingga membuatkan kami dalam kesulitan,” katanya.

Bayern menyamakan kedudukan, m-76, melalui Claudio Pizarro sebelum Thiago Alcantara menjadi penyelamat Die Roten pada masa kecederaan.

"Kami beruntung kerana dapat meledakkan gol kemenangan. Ia sungguh bermakna dan gol Thiago adalah gol yang cantik," katanya.

0 comments:

Post a Comment