Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

MUAR – Seratus kenderaan termasuk kereta mewah dan treler musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel membaiki kenderaan dan tempat penyimpanan kenderaan di sini, hari ini.

Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmud berkata antara yang musnah dalam kebakaran 9.45 pagi itu ialah 70 kereta,  10 treler, van dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata 50 kenderaan lain yang diletakkan di dalam tempat penyimpanan kenderaan dapat diselamatkan.

Sebanyak 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar dan Bukit Gambir serta tiga jentera diarah ke tempat kejadian sejurus menerima laporan kira-kira 10 pagi.

“Kami mengalami kesukaran untuk memadamkan kebakaran kerana ketiadaan bekalan air dan api merebak  pantas berikutan adanya  semak dan rumput kering di sekitar kawasan itu.

“Tetapi, kami dapat memindahkan 50 kenderaan menggunakan forklif ke kawasan selamat. Kebakaran dapat dikawal setengah jam kemudian,” katanya di sini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

Ismail berkata pihaknya sedang menyiasat punca sebenar kebakaran itu dan  tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada pembakaran kertas sembahyang Cina selepas ia merebak ke bahagian bangunan akibat tiupan angin kencang.

Sementara itu, pekerja bengkel berkenaan Mohd Munir Sain yang berusia dalam lingkungan 20-an berkata beliau terdengar beberapa letupan dan menyedari beberapa kereta sudah terbakar sebelum mengejutkan tujuh lagi rakannya yang sedang tidur.

“Kami berusaha memadamkan api tetapi kebakaran merebak dengan cepat… kedudukan semua kenderaan pula terlalu rapat,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment