Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 30, 2014

No Comment

GUA MUSANG – Sebanyak 1,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan bertugas sebagai sukarelawan di seluruh negara bagi membantu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata antara 20 hingga 30 pelajar akan ditempatkan di setiap lokasi yang ditentukan JPJ.

“Mereka bukan sahaja mendidik pengguna supaya mematuhi peraturan jalan raya, tetapi juga mendidik diri sendiri dalam menjalankan kerja amal itu dan menunjukkan kepada masyarakat bekas pelatih PLKN mampu memberi khidmat terbaik.

“Mereka yang menyertai tugasan sukarela itu adalah yang terulung dan diharapkan khidmat seumpama itu diteruskan sepanjang masa termasuk musim perayaan lain selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelepasan Pelatih Berbangsa Cina pulang menyambut Tahun Baharu Cina di Kem PLKN Etonobotani, di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, bekas pelatih itu perlu menunjukan sikap teladan terbaik kepada masyarakat supaya PLKN terus mendapat pujian kepada penduduk berbilang kaum di negara dan setakat ini juga ia mendapat tempat di hati seluruh masyarakat.

Katanya, setiap peserta yang tamat latihan di PLKN telah membuktikan kepada masyarakat mengenai budaya hidup cemerlang kerana mengikuti pelbagai latihan yang menjurus kepada kecemerlangan.

“Walaupun mereka hanya dipilih sebagai khidmat sukerela bersama JPJ musim perayaan Tahun Baharu Cina ini, tetapi masyarakat dapat menilai semangat dan khidmat yang diberikan boleh membantu mengurangkan kemalangan jalan raya.

“Mereka boleh menegur dan menasihatkan pengguna supaya mematuhi peraturan jalan raya termasuk meminta pemandu dan penumpang kereta memakai tali pinggang keledar jika ada yang tidak berbuat demikian semasa berada di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 32,000 pelatih berada di 79 kem PLKN seluruh negara dan dua kem juga terpaksa ditutup untuk kumpulan dua ini kerana tidak mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment