Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR - Land Rover Malaysia mencapai jualan terbaiknya dalam alaf ini dengan rekod pendaftaran sebanyak 1,003 kenderaan Land Rover dalam 2013.
    
Syarikat itu berkata jualan itu mengatasi jumlah jualan sebanyak 1,000 kenderaan yang dicatatkan pada 1997, dan angka bagi 2013 itu merupakan peningkatan besar daripada 247 unit yang dicatatkan pada 2011 serta peningkatan jualan sebanyak lebih 400 peratus dalam tempoh dua tahun.
    
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Asia Pacific Importers, Russell M. Anderson, mengaitkan prestasi ini kepada kerja berpasukan yang hebat di Land Rover Malaysia.
    
Beliau berkata 2013 menyaksikan Asia Pacific menerajui pertumbuhan jualan Land Rover dunia, manakala Land Rover Malaysia menjadi perintis dalam Rantau Asia Pasifik.
    
Land Rover juga telah mencatatkan rekod jualan global baharu dengan penjualan runcit 348,338 kenderaan pada 2013, meningkat 15 peratus daripada
tahun sebelumnya dengan peningkatan jualan dalam setiap rantau utama.  
    
Rekod jualan tahunan dicatatkan dalam 42 pasaran, termasuk UK, AS, Brazil dan India.

"Jualan yang menggalakkan ini menunjukkan kenderaan Land Rover dalam segmen mewah premium diterima dengan meluas yang menyumbang jualan terbanyak.

Pencapaian ini dinikmati apabila Land Rover memperkukuhkan kedudukannya sebagai peserta kenderaan premium terkemuka di persada dunia," kata Anderson.
    
Kata beliau Range Rover Evoque yang dilancarkan pada 2011 menyaksikan permintaan yang kukuh dan telah menyumbang kepada pencapaian global ini, kerana ia adalah kenderaan Range Rover yang paling laris.
    
Sementara itu, Pengarah Urusan Land Rover Malaysia, Syed Mudzhar Syed Ali, berkata model Evoque adalah pencetus perubahan dan membawa arus baharu model Land Rover untuk memenuhi keperluan pelanggan, tanpa bertolak ansur tentang gaya dan prestasi.
    
"Semua ini merupakan faktor penyumbang yang membolehkan kami mencapai angka jualan yang mencatatkan rekod dalam 2013," kata Syed Mudzhar.
    
Land Rover Malaysia ialah pengedar sah kenderaan Land Rover di Malaysia yang dijual secara runcit oleh Sime Darby AutoConnexion dengan wakil jualan di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Butterworth, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Miri dan Kuching. - Bernama

0 comments:

Post a Comment