Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment
Khalid Samad
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad memberi tempoh 10 hari kepada Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar untuk menganjurkan debat dengannya berkenaan kalimah ALLAH yang dibatalkan Sinar Harian Isnin lalu.

Khalid mencadangkan supaya debat tersebut diadakan antara beliau, Noh dan moderator sahaja tanpa melibatkan penyokong mahu pun rakan-rakan.

Beliau juga menyindir Noh dengan menyatakan kesediaan untuk ‘disekolahkan’ oleh Noh berhubung isu tersebut.

“Saya beri tempoh 10 hari kepada beliau untuk anjur debat dengan saya disiarkan secara langsung. 

“Saya bersedia 'disekolahkannya' dan harap ia di peringkat pasca ijazah,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Khalid berkata, beliau akur dengan keputusan Sinar Harian membatalkan debat tersebut tempoh hari atas faktor keselamatan.

Menurutnya, beliau mengajak Noh berdebat atas dasar idea dan hujah yang bernas.

“Kita bertarung atas idea dan hujah bukannya fizikal penyokong.

“Kalau tak mampu anjurkan, saya akan buat sendiri dan memanggil dia untuk berdebat,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid menjawab kembali kenyataan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dengan memintanya untuk berlapang dada dengan teguran diberikan.

Khalid berkata, beliau kesal dengan kenyataan Mohamad Adzib yang mahu mengambil tindakan undang-undang atas teguran diberikannya
.
"Saya rasa ia jelas sebagai teguran dan peringatan bukan tuduhan.

"Oleh itu ugutan untuk mengambil tindakan undang-undang atas teguran dan nasihat amat dikesali kerana ia mencerminkan sikap tertutup dan sedikit keangkuhan," katanya.

Mais sebelum ini dikatakan sedia mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan hasutan dan fitnah terhadap agensi agama berkenaan.

Khalid turut mempertikaikan cara serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilakukan terhadap Pusat Bible Malaysia.

Khalid turut menekankan bahawa Islam melarang menceroboh gereja dan tempat ibadat orang bukan Islam walaupun dalam keadaan peperangan sekalipun.

"Adakah benar kitab Bible dirampas semuanya mempunyai lambang salib dan tulisan 'percetakan Kristian' di kulitnya seperti mana disyaratkan mengikut Resolusi 10 Perkara.
"Adakah juga benarnya bahawa ia dirampas dari bilik stor di mana sebahagian sudah pun berada di dalam kotak-kotak siap dibungkus untuk dihantar ke Sabah dan Sarawak?," katanya.

0 comments:

Post a Comment