Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

MEMELUK Islam sejak enam tahun lalu tidak pernah menjadi sebab untuk pelakon Adam Corrie Lee untuk tidak meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarganya.

Setiap kali perayaan, keluarganya tidak pernah lupa menjemputnya untuk sama-sama makan besar pada setiap malam perayaan, memetik Sinar Harian.

“Keluarga saya memang sangat terbuka, menerima saya dan isteri (Fazima Mohd Fuad). Begitu juga dengan ibu saya yang sememangnya baik dengan isteri. Tak ada pilih kasih. Semua sama saja.

“Sejak lima tahun lalu, saya akan menyambut Tahun Baharu Cina bersama mereka. Masing-masing sudah faham dan mereka akan mengasingkan hidangan atau bekas yang digunakan kerana menghormati saya dan isteri,” katanya.

Bagaimanapun, tahun ini, Corrie sedikit ralat kerana ibunya akan menyambut perayaan itu di rumah adiknya di Singapura.

“Namun, kami semua yang berada di Kuala Lumpur akan makan malam dengan ibu mertua masing-masing dan jika tak keberatan mungkin kami akan menyambutnya bersama dengan makan di luar atau masak beramai-ramai di rumah,” jelasnya.

Syukurlah kalau begitu kerana Islam tidak pernah meminta umatnya untuk memutuskan hubungan kekeluargaan biar pun berbeza agama. Malah, digalakkan lagi untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment