Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment
Klitschko tidak berpuas hati dengan keputusan Parlimen.
KIEV - UKRAINE. Parlimen Ukraine kecoh selepas kerajaan menawarkan undang-undang pengampunan kepada puluhan penyokong antikerajaan yang ditahan kerana melakukan rusuhan di bandar itu sejak November lalu.

Media melaporkan kepada AP, undang-undang itu hanya dikuatkuasakan jika penyokong antikerajaan bersurai daripada menawan bangunan kerajaan, Parlimen dan berkubu di Dataran Kemerdekaan.

“Seramai 232 ahli Parlimen menyokong tawaran itu, dua berkecuali dan 11 daripada mereka menentang,” menurut laporan itu.

Laporan menambah, tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kekecohan apabila pembangkang tidakbersetuju dengan tindakan tersebut.

Ketua pembangkang Vitali Klitschko berkata, tawaran kerajaan itu tidak berhasil kerana mereka mahukan Presiden Viktor Yanukovych melepaskan jawatan bukan menguatkuasakan undang-undang pengampunan.

“Kami berada di sini bukan untuk mendesak kerajaan membebaskan tahanan. Kami ke sini untuk menghapuskan ‘mafia’ di negara ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment