Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

PATTANI - THAILAND. Penduduk selatan Thailand terutama berketurunan Melayu yang tidak berpuas hati dengan pihak yang mengganggu mereka untuk menunaikan hak sebagai pengundi dalam pilihan raya umum negara itu Ahad ini, hari ini menyuarakan perasaan mereka. 

Di Masjid Jamek Pattani, kumpulan yang terdiri daripada ketua kampung, pemimpin agama, ahli politik dan orang ramai dari tiga wilayah sempadan Selatan mengadakan solat hajat memohon supaya hak mengundi mereka dikembalikan.

Mereka juga mengeluarkan satu kenyataan bertulis yang menuntut supaya penunjuk perasaan antikerajaan agar tidak menghalang mereka daripada mengundi. 

Kandungannya turut menegaskan bahawa orang Melayu dan rakyat Thai yang lain tidak akan berdiam diri sekiranya dihalang mengundi oleh penunjuk perasaan antikerajaan.

Kenyataan bertulis itu kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa seperti gabenor wilayah, pusat pentadbiran wilayah smpadan selatan, tentera, suruhanjaya pilihan raya dan polis.

Semalam mereka mengadakan kempen di sini dengan mengundang semua calon wakil rakyat yang bertanding untuk menyampaikan bantahan terhadap perbuatan penunjuk perasaan antikerajaan yang bertindak menyekat dan tidak membenarkan suruhanjaya pilihan raya mengambil kertas undi dari pusat penyimpanan untuk dihantar ke pusat mengundi semasa pengundian awal.

Najmuddin Umar calon senarai parti bagi Parti Pheu Thai berkata pihak suruhanjaya telah memberitahu akan mencetak semula kertas undi bagi pilihan raya calon senarai parti.

Ini kerana suruhanjaya itu hanya mempunyai 500,000 kertas undi senarai parti dan kurang 300,000 lagi, jelas beliau.

Di Thailand, 125 kerusi diperuntukkan untuk wakil rakyat yang didaftar dalam senarai parti sementara 375 wakil rakyat dipilih berdasarkan kawasan. 

Selatan Thailand merupakan kubu kuat puak yang menentang pilihan raya umum dan mereka telah keluar beramai-ramai dan berjaya menghalang proses pengundian awal di wilayah selatan pada 26 Januari lepas. - Bernama

0 comments:

Post a Comment