Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dilaporkan bakal berduet dengan penyanyi seberang, Cakra Khan.

Siti menyatakan lagu duetnya dengan Cakra akan dimuatkan dalam album solo terbaharunya kelak.


Malah, Siti menjelaskan projek duet ini adalah di atas permintaan pengurusan Cakra yang mahukan beliau berduet dengan penyanyi lelaki tersebut.

“Pihak pengurusan Cakra meminta saya berduet dengan penyanyi itu dan ia adalah satu penghargaan buat diri saya.

“Tambah pula sebelum ini saya pernah membuat persembahan duet dengan Cakra pada Anugerah Planet Muzik (APM) tahun lalu. Saya cukup mengagumi suaranya yang unik dan merdu,” katanya memetik laporan mStar.

Sebelum ini, Siti pernah berduet dengan Hafiz dan juga artis antarabangsa, Sean Kingston.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment