Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini sekali lagi menangguhkan kes ketua ajaran sesat ‘Tuhan Harun‘, Harun Mat Saat dan tiga pengikutnya yang dituduh membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Abd Malek kepada 17 Mac.

Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menetapkan tarikh itu berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Khalmizah Salleh supaya mahkamah membicarakan serentak kes bunuh dan bersubahat membunuh yang hanya dihantar semalam.

Selain itu, peguam Hermes Media Putra Ibrahim yang mewakili keempat-empat tertuduh turut membuat permohonan supaya mahkamah memberikan jaminan kepada Harun, 48, atas faktor kesihatan.

Ab. Karim kemudian menetapkan kedua-dua permohonan dibacakan serentak pada tarikh itu.

Pada 16 Dis lepas, seorang daripada pengikut ajaran sesat itu, Sumustapha Suradi, 39, berasal dari Sabah mengaku tidak bersalah membunuh Ahmad Raffli, 49, di hadapan rumah mangsa di Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota di sini pukul 1.50 tengah hari 10 Nov lepas.

Harun, isterinya, Azida Mohd Zol, 30, dan seorang lagi pengikutnya, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersama-sama Sumustapha, bersetuju melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment