Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pasukan Badan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal mengemaskini sistem KomPol iaitu pangkalan maklumat orang dikehendaki dengan baik.

Pengerusinya, R. Sri Sanjeevan mendakwa, pihaknya mendapat banyak bantahan tidak puas hati kerana ada individu yang telah dihadapkan ke mahkamah tetapi nama masih tersenarai dalam sistem tersebut.

“MyWatch menerima banyak aduan daripada ahli tentang sistem KomPol. Mereka mendakwa ada yang telah melalui proses mahkamah tetapi nama kekal bertahun-tahun dalam senarai itu.

“Hal itu menyebabkan individu yang telah dihadapkan di mahkamah sering ditahan polis semasa melalui sekatan jalan raya,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sanjeevan mendakwa, sebilangan mereka terpaksa tinggal dalam lokap penjara selama berhari-hari sementara pihak polis mendapat pengesahan daripada pegawai penyiasat sesuatu kes.

Beliau turut mendakwa, tinjauan MyWatch mendapati ada individu masih dalam senarai KomPol sedangkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan mereka telah meninggal dunia.

0 comments:

Post a Comment