Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengulangi gesaan supaya orang ramai menggunakan bekalan air bersih hanya untuk keperluan penting.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred Dharan berkata, orang ramai mesti aktiviti pembaziran air dalam situasi catuan bekalan dilaksanakan.

“Dalam keadaan catuan bekalan air yang berlaku pada masa ini, pengguna perlu menggunakan bekalan air secara minimum dan berjimat-cermat dan mengelakkan penggunaan air untuk tujuan kurang kritikal.

“Antaranya seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mencuci halaman rumah, mencuci longkang, mengisi kolam renang dan menyiram pokok bunga,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Priscilla turut mengulangi permintaan supaya tidak menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan Syabas (Puspel) bagi mendapatkan maklumat berhubung pelaksanaan catuan bekalan air.

Mereka sebaliknya diseru supaya melayari laman web www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat berkenaan.

“Kesesakan talian panggilan Puspel pada waktu ini boleh menyebabkan panggilan pengguna tidak dapat dilayan dalam tempoh yang diharapkan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment