Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (JPM) merancang untuk mewujudkan pusat sehenti bagi memantau jemaah umrah daripada penyakit dan menangani penipuan syarikat pakej umrah, kata Menterinya Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya perkara itu sedang dibincangkan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memandangkan isu penyakit dan penipuan yang dialami jemaah umrah adalah serius dan pelaksanaan pusat sehenti itu membolehkan pemantauan dilakukan.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Kita akan berbincang secara serius bagaimana kita nak menangani sekali gus persoalan berkaitan dengan jemaah umrah ini dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini, Selasa.

Sebanyak 79 kakitangan MAIWP menerima anugerah itu.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Zainal Abidin Jaffar dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Paimuzi Yahya.

Sementara itu, mengulas mengenai jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV), Jamil Khir sekali lagi meminta agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah untuk menitikberatkan kesihatan jemaah agar langkah awal dapat diambil sekiranya jemaah dijangkiti sebarang penyakit.

Jelasnya jemaah juga perlu lebih prihatin dengan kesihatan diri dan segera mendapatkan rawatan sewajarnya jika didapati ada tanda-tanda dijangkiti sindrom berkenaan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment