Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Lebih 600 penduduk sekitar Selangor menghadiri Solat Sunat Istisqo’ (Solat Minta Hujan) di Dataran Kemerdekaan, di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Selain penduduk setempat, solat sunat itu turut dihadiri ratusan pelajar sekolah agama dan Maahad Tahfiz negeri ini bersama guru mereka.

Solat sunat dua raka’at itu diimamkan oleh Imam Masjid Negeri Sheikh Abdul Karim Omar manakala khutbah serta doa dibacakan penceramah bebas, Ustaz Nazmi Abd Karim.

Nazmi dalam khutbahnya, turut mengecam pemimpin yang tidak turun padang bersama-sama rakyat untuk memohon kepada Allah SWT dalam keadaan yang disifatkan sebagai balasan Tuhan ini.

Turut hadir, Imam Besar Masjid Negeri Ahmad Mustafa Mohd Sidin dan Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mazalan Md Nor. – Harian Metro

0 comments:

Post a Comment