Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

No Comment

Akhirnya SAH, filem arahan Chiu Keng Guan, The journey merampas kedudukan filem tempatan yang mencatat kutipan tertinggi di negara ini.

Setakat 23 Februari lalu, The Journey mencatat kutipan kasar lebih RM12.92 juta sekaligus memadamkan rekod dibuat filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster (RM11.74 juta) dan Ombak Rindu arahan Osman Ali (RM10.9 juta).

Ini merupakan filem ketiga arahan Chiu selepas Woohoo (2010) dan Great Day (2011).

The Journey yang dibintangi pelakon teater Australia, Andrew Pfeiffer, bekas ratu cantik Miss Astro Chinese International Joanne Yew dan Frankie Lee mengisahkan tentang Pakcik Chuan, seorang bapa konservatif yang tidak suka dengan pilihan hati anak perempuannya.

Dalam usaha mengambil hati si bapa, anak perempuan dan bakal menantu Pakcik Chuan bersetuju dengan syarat ditetapkan kepada mereka termasuk melangsungkan perkahwinan mengikut cara lama.


Antaranya termasuklah pergi menghantar sendiri kad jemputan perkahwinan mereka.

Sepanjang perjalanan inilah, Pakcik Chuan dan bakal menantunya mula membina keserasian dan cuba memahami satu sama lain.


The Journey yang menjalani penggambaran di Cameron Highlands dan Sabah kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Ia bakal ditayangkan di Singapura pada bulan hadapan, diikuti Taiwan selepas itu. - REM RAMZI

Sumber: New Strait Times

0 comments:

Post a Comment