Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

Pemain Real Madrid, Christiano Ronaldo dilaporkan tercalon dalam anugerah berprestij Laureus Award yang bakal diadakan pada 26 Mac ini.

Laureus Award merupakan anugerah berprestij dalam bidang sukan yang mengiktiraf sumbangan bintang-bintang sukan terkenal dunia.

Bagi trofi Bintang Sukan Tahun Ini atau Laureus Sportsman of The Year, Ronaldo akan bersaing dengan atlit hebat lain seperti Rafa Nadal (tenis), LeBron James (basketball), Sebastian Vettel (Formula One), Usain Bolt (sprinter) dan Mo Farah (pelumba lari jarak jauh).

Pemenang bagi anugerah tersebut bakal diumumkan dalam satu majlis yang akan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Antara yang sudah mengesahkan kedatangan ke majlis penghargaan itu ialah pasangan Beckham, David dan Victoria serta bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment