Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

BANGKOK – Agensi pencegahan rasuah Thailand akan mengenakan tuduhan cuai terhadap Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra ketika penunjuk perasaan anti kerajaan menuntut penyingkiran beliau dalam kebuntuan yang disulami keganasan dan hampir tidak terkawal.

Tembakan dan letupan bom tangan sudah menjadi kebiasaan pada malam hari dalam konflik yang menjejaskan sektor pelancongan di ibu negara Thailand yang terkenal dengan kuil emas dan kelab malam.

Pemain gitar terkenal, Eric Clapton sudah membatalkan konsert beliau di Bangkok Ahad ini berikutan tahap keselamatan semakin merosot.

Kira-kira 200 penyokong Yingluck yang menjadi semakin tidak terkawal bertindak mengunci pintu pagar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan hari ini dan menuntut semua anggotanya meletakkan jawatan, sekali gus mejurus kepada kemungkinan tercetusnya ketegangan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri sementara itu masih berada di kampung halamannya di Chiang Mai dan dijangka tidak akan menghadiri perbicaraan berkenaan. – Reuters

0 comments:

Post a Comment