Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 27, 2012

No Comment

Syabas!


Derya Sert, (22) ialah penerima pembedahan rahim pertama yang berjaya didunia. Beliau yang dilahirkan tanpa rahim kini sembuh dan mahu segera mendapatkan bayi bagi menyerikan perkahwinan beliau.Pembedahan pemindahan rahim ini dilakukan oleh Dr Omer Ozkan dan pasukan beliau di Hospital Universiti Akdeniz di Antalya Turki. Menurut laporan asal Daily Mail, puan Darya menjalani pembedahan ini pada Ogos tahun lalu. Selama 6 bulan beliau diberi rawatan bagi memastikan tubuh beliau tidak menolak organ baru beliau yang didermakan oleh seorang wanita yang meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Derya Sert dilahirkan tanpa rahim walaupun beliau mempunyai sepasang ovari yang sihat. Masalah ini dihadapi setiap satu dari 5000 wanita dunia dan kejayaan pembedahan ini dijangkakan mampu membolehkan wanita yang mempunyai komplikasi yang sama untuk mengandungkan anak.


Percubaan pertama pembedahaan pemindahan rahim dilakukan pada tahun 2000 di Arab Saudi. Malang bagi penerima organ apabila rahim yang dipindahkan akhirnya mati selepas 3 bulan pembedahan dijalankan kerana masalah peredaran darah.


Tahniah buat team Hospital Universiti Akdeniz Turki. Diharap Malaysia juga boleh menurut langkah Turki. Mari buat pemindahan telur dan zakar yang berjaya pula




0 comments:

Post a Comment