Zaman moden yang konon bertamadun hari ini, buang bayi tidak kira lelaki perempuan tanpa belas, rasa sayang dek kerana berzina dan lahir anak hasil perhubungan yang haram. Inilah malang yang menimpa si kecil yang tidak berdosa sama sekali ini.
Si bayi kecil inilah antara golongan yang dijamin Allah SWT ahli syurga dan pemberi Syafaat. Adakah kita akan diberi syafaat mereka jika kita yang bunuh mereka? Kembalilah kepada ajaran Islam, jauhilah budaya cinta tanpa batas agama, jauhilah mendedah aurat di khalayak dan jauhilah pergaulan bebas yang akhirnya akan menarik manusia ke dalam lembah perzinaan.
Marilah kita semua Berusaha menegakkan Syariat Islam agar segala kerumitan jenayah yang kian merbahaya ini dapat dibendung dengan keadilan Islam. Wallahualam.- Melayukini
mood... sedih nengok gambar nie...
0 comments:
Post a Comment