Nama, Johan Raja Lawak bukan lagi asing dalam industri hiburan.Tidak
hairanlah jika dia mampu menyandang gelaran Pelakon Komedi Popular
menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP) baru-baru ini.
Namun, dalam kerancakan mengejar kerjaya seninya, timbul pula pelbagai kontroversi yang membabitkan pelawak kegemaran ramai ini.
Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 28, dikecam hebat
apabila lakonannya sebagai profesor dalam sebuah video bersama Afdlin
Shauki dan Harun Salim Bachik, membangkit kemarahan penyokong
perhimpunan Bersih.
Isu ini turut dipanjangkan menerusi satu akaun, Facebook, ‘Kami Boikot
Johan Raja Lawak’, sebagai tanda tidak puas hati segelintir pihak
terhadap pelawak tersohor ini.
Rata-rata membuat permohonan agar Johan tampil memohon maaf di atas
tindakannya yang dianggap menyentuh isu sensitiviti masyarakat. Zass
cuba mendapatkan Johan, namun gagal. Bagaimanapun, isterinya Ozlyn,
sedia memberikan
kerjasama.
kerjasama.
Terkejut dengan berita itu, Ozlyn yang juga merupakan pelakon, memohon agar perkara ini tidak diperbesarkan.
“Kami tidak tahu apa-apa pun kerana kami baru sahaja pulang bercuti
daripada Australia. Johan tidak pernah bagi tahu apa-apa mengenai
perkara ini.
“Kemungkinan besar, dia tidak mengetahui isu ini. Jadi, saya tidak
berani untuk memberikan sebarang kenyataan. Lagipun kami tak tengok lagi
video itu.
“Kami tidak memerlukan sebarang kontroversi, namun, jika ada
ketelanjuran dan silap yang Johan lakukan semasa ‘on air’, itu tidak
disengajakan,” katanya yang juga bertindak sebagai pengurus Johan.
Ozyln berkata, dia sering menasihati Johan agar tidak keterlaluan ketika
membuat persembahan. Namun ada kalanya, suaminya gagal mengawal keadaan
apabila membuat persembahan secara langsung. Namun dia yakin, Johan
tidak mempunyai agenda lain melainkan hanya untuk menghiburkan peminat.
Berhent i berlako n?
Tidak berkesempatan untuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa,
Johan terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti berlakon untuk
sementara waktu.
Menurut Ozlyn, Johan masih terikat dengan banyak perkara yang memerlukan
dia menolak sebarang tawaran untuk berlakon buat sementara waktu.
“Johan tengah sibuk dengan Super Spontan dan juga stesen radio, Era FM.
Jadi, jadualnya sangat padat buat ketika ini. “Selain itu, kami juga
bakal menghasilkan program komedi sendiri yang bakal disiarkan di
televisyen.
Namun, ia masih di peringkat perbincangan lagi. “Kami tidak boleh
menguaruarkan perkara itu kerana masih di peringkat awal,” katanya
0 comments:
Post a Comment