Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 28, 2012

2 comments
 
PETALING JAYA –  Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan “WWW 1″, dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.
Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat “WWW 5″, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat “WWW 15″.
Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.
Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan “MCA 1″ pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.
Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.
Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan “WWW”, yang merupakan singkatan bagi “World Wide Web”.

2 comments:

  1. stengah juta 2 klau d dermakn kpd fakir mskin ade gak faedah n pahala

    ReplyDelete
  2. stengah juta dah bleh bina masjid

    walau pon x se gah muzium masjid kristal

    ReplyDelete