Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 27, 2012

2 comments


SIMPANG EMPAT – “Janganlah ambil barang dalam rumah saya, malu pada jiran”. Begitulah antara rayuan pemilik rumah apabila penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melakukan Operasi Cukai Pintu di rumah mereka, semalam.
Kegagalan pemilik rumah itu melunaskan tunggakan cukai pintu menyebabkan sebuah televisyen, komputer riba dan sofa dirampas pada operasi berkenaan.
Ketua Bahagian Hasil MBAS, Azalina Abdu Rahman berkata, operasi yang dijalankan itu membabitkan tiga rumah di Taman Desa Damai dan empat rumah di Taman Bersatu.
Menurutnya, penguat kuasa MBAS terpaksa menyita barang dan peralatan di dua rumah terlibat, kerana pemiliknya gagal melunaskan bayaran selama 15 tahun.
“Sebelum operasi ini dijalankan, kita sudah menyerahkan notis E kepada rumah pada 23 Mac lalu, namun apabila tiada reaksi daripada pemilik, kita terpaksa melakukan sitaan.
“Rumah pertama yang disita membabitkan jumlah tunggakan sebanyak RM1,955.09, manakala rumah kedua RM1,955.80,” katanya selepas tamat operasi, semalam.
Azalina berkata, operasi yang dijalankan itu membabitkan rumah yang mempunyai tunggakan cukai pintu melebihi lima tahun walaupun tunggakannya tidak melebihi RM1,000.
Menurutnya, jumlah keseluruhan tunggakan cukai pintu bagi sembilan rumah terlibat berjumlah RM15,629.79, manakala keseluruhan tunggakan cukai pintu dianggarkan kira-kira RM22 juta.
Pada operasi itu turut melibatkan sebuah rumah di Taman Desa Damai yang disewa kepada penyewa, namun pemilik rumah gagal melunaskan tunggakan cukai pintu selama 11 tahun.
Menurutnya, penyewa rumah perlu sama-sama peka dengan pembayaran cukai pintu yang perlu dilunaskan pemilik rumah.
“Kita nasihatkan pemilik rumah segera membuat pembayaran sekiranya mereka mendapati terdapat bayaran tertunggak,” katanya

2 comments:

  1. Rumah ada Astro tak?
    Tutup Astro selama setahun dah boleh bayar cukai...
    apada... pikir la mana keperluan, yg mana kehendak...

    ReplyDelete
  2. kenapa perlu angkut..
    kenapa perlu bagi malu..
    kenapa xsita/rantai/seal/mangga/welding je pintu depan blakang/tingkap..?

    angkut barang2 rumah ni..
    bukankah undang2 lapuk..?
    100% tentunya ada barangan yg pecah terbarai rosak..
    kalu aku yg tukang angkat barang tu pun akan ku hempas2kan nya.. penat tau angkat barang rumah ni..
    sapa nak tanggung kos..?
    ada ke akta bayaran ganti rugi..?
    nak kena pasang peguam pulak ke..?
    sapa nak tanggung..?

    ReplyDelete