PENDANG – Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan
ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang
penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih
hidup.
Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin
Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas
disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal
telah putus.
Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang
diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.
“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.
“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai
saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan
mati.
“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam
terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam
lain,” katanya.
Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak
boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.
“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam
terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu
dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang
disalahgunakan untuk tujuan khurafat.
“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati
keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.
Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md
Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas
itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.
“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.
“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.
“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana
kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara
berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri
Mohamed.
“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik
memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita
boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut
syarat dan cara Islam,” katanya
ALLAHU AKBAR
ReplyDeleteKEBESARAN ALLAH S.W.T ADA DIMANA2....YAKINLAH ALLAH ITU MAHA BERKUASA..ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR..
ReplyDelete