Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 23, 2012

No Comment
Bukan senang untuk berhadapan dengan orang ramai terutamanya jika anda seorang selebriti bernama Adi Putra yang baru menarik balik permohonan cerai terhadap isteri sendiri. Namun semalam, Adi kelihatan tenang menjawab persoalan daripada pihak media berkaitan isu ini. Apa pun, Aiakap Keli bersyukur kerana rumahtangga Adi dan isterinya, Aida terselamat daripada penceraian.



adi putra


Adi berkata yang apa yang dilaluinya seperti sebuah drama. Kata Adi:-
Saya anggap keputusan menarik balik kes cerai terhadap isteri adalah satu keajaiban. Alhamdulillah kami sedar bahawa rumah tangga yang dibina perlu diteruskan dan kami masih memerlukan di antara satu sama lain. Terasa macam drama pula, tapi inilah realiti yang perlu dilalui. Dan jika ada pihak menganggap kami main-main dengan perkara ini, terpulanglah.
Yang paling penting, Adi dan isteri mendapat pengajaran yang sangat banyak daripada kes ini.
Sepanjang sembilan hari diberi tempoh berdamai, kami tenangkan dan kemudian masing-masing meluahkan perasaan dan rasa tak puas hati. Alhamdulillah, akhirnya kami mencapai keputusan yang kami masih lagi memerlukan antara satu sama lain. Bagaimanapun saya tidak menyesal memfailkan penceraian itu, namun ia satu pengajaran berguna buat saya.
Dan isteri Adi, Aida menegaskan bahawa apa yang telah terjadi antara mereka berdua tidak ada kaitan dengan orang ketiga ataupun soal cahaya mata.
Memang macam-macam spekulasi timbul di luar sana mengenai rumah tangga kami.Cuma apa yang kami ingin tegaskan di sini, ia tiada kaitan dengan orang ketiga, mahupun hal anak.

0 comments:

Post a Comment