“Perniagaan ini adalah keutamaan saya ketika ini dan lakonan jatuh
nombor dua. Disebabkan itulah saya berusaha untuk merealisasikan impian
ini,” ujar Fazura pada sidang media pembukaan butiknya House Of Doll di
Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini
Bukan kecil modal yang dikeluarkan aktres yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini.
Meskipun merahsiakan jumlah sebenar, khabarnya modal yang dikeluarkan adalah berjumlah ratusan ribu ringgit.
Tegas Fazura, semua wang yang dikeluarkan untuk membuka perniagaan itu
adalah hasil keringatnya sepanjang bergelar anak seni dan bukannya
ditaja sesiapa.
“Bagi mereka yang suka menyangka bukan-bukan, mereka harus sedar
bahawa saya juga ada pendapatan sendiri. Saya dibayar untuk berlakon.
Itu tidak termasuk pendapatan yang diperoleh dari hasil saya menjadi
duta produk. Tak perlulah untuk saya beritahu berapa wang yang saya ada
dalam bank.
“Beratus ribu juga saya habis untuk membuka perniagaan ini.
” Semuanya adalah duit simpanan saya sepanjang menjadi anak seni
dan saya tidak membuat pinjaman bank langsung. Tak percaya sila tanya
‘banker’ saya yang ada di sini,” katanya kepada Berita Harian.
Dua tahun lamanya Fazura merancang untuk pembukaan butik ini.
Bukan sekadar menggunakan nama dan popularitinya semata-mata, jelas
Fazura semua perkara membabitkan butiknya itu adalah idea dan juga cita
rasanya dengan dibantu pereka fesyen, Rizman Ruzaini.
“Dari sekecil-kecil cincin hinggalah pakaian berkonsepkan adi busana,
semuanya adalah lahir dari cita rasa dan rekaan saya sendiri bersama
Rizman. Harganya juga tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh
peminat,” jelasnya yang kelihatan cukup anggun mengenakan dress paras
paha rona fuchsia yang juga berjenama HOD.
Ditanya apakah dia akan sentiasa berada di butik itu untuk melayan
peminat yang ingin membeli pakaiannya, Fazura berkata perkara itu
tertakluk pada jadualnya.
“Jika saya tidak terbabit dalam sebarang penggambaran, saya akan berada
di butik. Jika tidak, kakitangan saya akan membantu mereka,” jelasnya.
0 comments:
Post a Comment