Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 21, 2012

No Comment
Kecoh Penyamun Menyamar Mangsa
SERDANG : Lima perompak yang menghantar rakan mereka ke Hospital Serdang, di sini, yang parah selepas bergelut dengan mangsa ketika cuba menyamun sebuah kafe siber pagi kelmarin, kelam-kabut melarikan diri apabila terserempak mangsa jenayah mereka yang pergi ke hospital sama untuk mendapat rawatan.
Sebaik mangsa, Saifullah Mishaldulmun, 21, yang cedera di kepala menjerit memaklumkan kepada petugas hospital bahawa individu yang dirawat di unit kecemasan itu penjenayah yang mencederakannya, kelima-lima perompak terbabit bergegas melarikan diri meninggalkan rakan mereka.
Dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, enam lelaki datang ke hospital itu merayu supaya seorang daripada mereka diberi rawatan kecemasan kerana cedera serius selain kehilangan banyak darah.
Petugas yang mahu dikenali sebagai Mohd Akmal, 30, berkata, kumpulan lelaki itu memaklumkan rakan mereka cedera akibat diserang penjenayah ketika berada dalam sebuah kafe siber di Seri Kembangan, di sini.
Menurutnya, doktor memberi rawatan kecemasan kepada lelaki terbabit dalam bilik rawatan manakala lima rakannya menunggu di luar bilik berkenaan. – Metro

0 comments:

Post a Comment