BENARKAH Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama
tersilap strategi menyokong perkahwinan sejenis untuk memancing undi
gay dan lesbian? Sejauh manakah kedua-dua golongan ini boleh menyumbang
kepada kemenangan Obama dalam pilihan raya September depan?
Sengit
Sokongan terbuka Obama itu mencetuskan kontroversi dan banyak yang
menentang perkahwinan sejenis dijangka akan menolak Obama. Budaya
songsang perkahwinan sejenis ini memang dianggap biasa dengan menularnya
golongan gay dan lesbian. Tetapi apakah benar Obama melihat potensi
undi daripada gay dan lesbian untuk menewaskan pencabarnya Mitt Romney?
Banyak reaksi yang menentang sokongan Obama itu memperlihatkan
masyarakat membantah perkahwinan sejenis walaupun enam negeri di AS
membenarkan. Dalam masyarakat yang dilihat bobrok dengan nilai songsang
ini, tetap ada ramai yang waras dan memilih institusi keluarga yang
normal sebagai institusi.
Sebenarnya di sebalik sokongan Obama terhadap perkahwinan sejenis, ada
permainan politik lain yang menjadi pendorongnya iaitu pembiaya dana
politik. Mereka inilah yang menentukan hala tuju politik Obama. Ini
kerana antara pembiaya dana politik Obama adalah gay dan sokongan
kewangan mereka cukup besar. Obama memerlukan dana yang besar itu untuk
berkempen hingga September depan.
Kerana itu menyokong perkahwinan sejenis adalah agenda politik untuk
golongan pembiaya dana yang terdiri daripada gay dan lesbian. Obama
tentu tahu kesan di sebalik sokongan seorang Presiden AS terhadap
perkahwinan sejenis. Tambahan pula belum pernah dibuat Presiden sebelum
ini. Ini menunjukkan kuasa wang mengatasi kuasa politik dan wang
menentukan agenda politik. Obama bukan tersilap langkah tetapi terpaksa
kerana dia memerlukan dana yang besar untuk tujuan politiknya. Ini
ditambah pula dengan Wall Street sudah tidak membiaya Obama seperti
pilihan raya Presiden 2008.
“Gay adalah pembiaya Presiden selepas ini," demikian ulas Rahm Emanuel
yang sekarang bertindak mencari dana untuk Obama. Pada sudut lain
sokongan Obama itu sebagai mengiktirafkan Jerusalem, ibu kota Israel
yang menjadi pangkalan dana Yahudi untuk Obama.
Difahamkan lebih 20 peratus pembiaya, pekerja sukarela dan pencari dana
Obama adalah gay dan sebahagian besar daripada mereka adalah aktivis
gay.
Sengit
Pembiaya Yahudi inilah yang memaksa Obama menggunakan pengaruhnya untuk
menghalalkan perkahwinan sejenis. Obama terpaksa melakukan kerana
kelangsungan politik walaupun dia tahu risikonya sangat besar. Kerana
itulah belum ada Presiden AS yang sanggup berbuat demikian tetapi Obama
terpaksa melakukannya.
Obama dari Demokrat dan Romney dari Republikan memperlihatkan persaingan
sengit dalam beberapa pengundian yang diadakan. Salah satu faktor yang
menggugat Obama ialah sokongannya terhadap perkahwinan sejenis. Kalangan
sosiologis menganggap sokongan terhadap perkahwinan sejenis adalah satu
perang budaya yang sama dengan isu pengguguran sebelum ini.
Perkahwinan sejenis suatu yang berkait rapat dengan sosiobudaya.
Kemudian ditambah pula dengan tuntutan hak asasi manusia sebagai
individu yang mengenepikan hak asasi manusia dalam masyarakat. Obama
tidak melihat isu perkahwinan sejenis sebagai perang budaya, sebaliknya
hanya melihat keuntungan politik apabila pembiaya gay dan lesbian
menyalurkan dana kepada kerjaya politiknya. Inilah pertama kali dalam
sejarah kempen pilihan raya Presiden isu perkahwinan sejenis berjaya
mengalih tumpuan daripada isu ekonomi dan pengangguran.
Sebelum Obama tampil dengan sokongan padu kepada perkahwinan sejenis,
isu yang dibahaskan ialah pelan pemulihan ekonomi dan pengurangan kadar
pengangguran. Pelan Romney mengikut beberapa kaji selidik lebih berjaya
berbanding Obama. Tetapi isu ekonomi ditenggelamkan oleh isu perkahwinan
sejenis yang memberi kesan langsung kepada masyarakat. Sokongan Obama
kepada perkahwinan sejenis ini juga telah mengalih sokongan majoriti
pengundi Islam dan juga bukan Islam yang menentang gaya hidup itu.
Maknanya walaupun secara rambang gaya hidup di AS memungkinkan rakyatnya
menerima perkahwinan sejenis tetapi hakikat adalah sebaliknya.
Dalam satu temu bual semasa kempen pilihan raya 1996, Obama menegaskan,
“Saya menyokong perkahwinan sejenis dihalalkan." Tetapi pada kempen
pilihan raya Presiden 2008, Obama berkata pula, “Saya percaya
perkahwinan adalah kesatuan antara lelaki dan wanita. Bagi saya sebagai
Kristian, ini adalah kesatuan yang keramat." Tetapi pada 9 Mei lalu,
dalam temu bual dengan sebuah saluran televisyen, Obama menyatakan
sokongan terbuka kepada perkahwinan sejenis, dan tidak berdolak dalik
seperti sebelum ini.
Golongan gay dan lesbian menyokong Obama tetapi yang lain berbelah bagi
antara Obama dan Romney. Majoriti rakyat melihat sokongan Presiden AS
itu sebagai menentang institusi keluarga yang dibina atas perkahwinan
yang normal. Dalam beberapa kaji selidik, Obama tidak mendapat
keuntungan politik daripada sokongannya terhadap perkahwinan sejenis.
Malah sokongan itu beralih kepada Romney yang menentang budaya songsang
itu.
Obama tidak belajar dari banyak Presiden AS yang sebelum ini. Belum ada
Presiden AS yang secara terbuka menyokong perkahwinan sejenis walaupun
isu ini dibangkitkan sejak tahun 1970-an lagi. Gerakan lesbian gay
biseksual dan transgender (LGBT) secara umumnya ditentang di mana-mana
termasuk negara yang sekular seperti AS. Perhitungan Obama menyenangkan
hati pembiaya adalah kesilapan.
Obama sebenarnya sangat mengecewakan rakyat AS dan juga dunia. Sebagai
Presiden AS pertama daripada kulit hitam, Obama dalam kempennya pada
2008 menawarkan pembaharuan politik AS dan hubungan antarabangsa.
Janjinya untuk menghormati Islam dan dunia Islam semasa berucap di
Universiti Kaherah juga tidak ditunaikan.
Obama tidak mengambil sebarang usaha menyelesaikan krisis Asia Barat
khususnya Palestin - Israel. Sebabnya dia mempunyai pembiaya kalangan
Yahudi termasuk lesbian dan gay. Sebaliknya mengugut hendak menyerang
Iran, satu-satunya negara Islam yang lantang mengkritik AS selepas
kejatuhan Muammar Ghadafi di Libya.
Maka apabila Obama secara terbuka menyokong perkahwinan sejenis,
sementara lawannya bukan sahaja menentang malah mengemukakan pelan
pemulihan ekonomi dan pendekatan mengatasi pengangguran, Obama
tertinggal di belakang. Penolakan rakyat terhadap perkahwinan sejenis
dan pelan pemulihan ekonomi Obama yang tidak memikat ditunjukkan dalam
beberapa undi dan kaji selidik sebelum ini.
Obama mempunyai masa lima bulan sahaja lagi untuk menjual janji dan
memenangi hati rakyat. Ketika setiap undi itu sangat berharga maka tidak
hairanlah kalau orang politik hanya memikirkan bagaimana untuk menang.
Mereka sanggup melutut kepada rakyat dan banyak lagi perbuatan tidak
cerdik asalkan menang dalam pilihan raya.
Obama Terperangkap?Benar atau hanya sekadar menutup agenda?
0 comments:
Post a Comment