China – Seorang ibu yang tidak mempunyai rumah telah melahirkan anak
lelakinya di lorong gelap sebuah pasar raya di daerah Baiyun.
Dengan berbekalkan gunting sahaja, beliau menggunting tali pusat bayinya
dan uri dibuang ke dalam tong sampah.Beliau kemudiannya berjalan
sehingga lebih 6 KM sambil mengendong bayi yang baru lahir tersebut.
Bayi tersebut langsung tidak dibalut dengan kain oleh wanita tersebut.
Orang sekeliling cuba menghulurkan bantuan terhadap wanita tersebut tapi
tidak dibenarkan oleh wanita terbabit.
Namun selepas didesak orang ramai,akhirnya bayi tersebut di bawa ke hospital berdekatan.
Namun, wanita itu bertindak keluar dari hospital tersebut selepas kira-kira lima jam berada di sana.
Dia kemudiannya sekali lagi dilihat merayap di sekitar jalan di bandar
itu.Malah dia sempat meletakkan bayinya di atas jalan tanpa sebarang
alas sewaktu hendak meminum air di dalam lopak berhampiran.Polis
dipanggil tidak lama selepas itu bagi membolehkan keadaan wanita dan
bayi lelakinya diberikan rawatan sekali lagi di hospital.
Pihak hospital memaklumkan yang wanita tersebut mengalami masalah tekanan jiwa dan mental yang teruk.
Difahamkan wanita tersebut sudah merayap di sekitar bandar Guangzhou
sejak beberapa bulan lalu dan hanya memakan sisa-sisa makanan yang
dibuang.
0 comments:
Post a Comment