Pastinya orang yang paling kecewa mendengar berita ini ialah Syahrini
sendiri. Selama ini pasti Syahrini gembira kerana dapat bercinta dengan
kerabat diraja, sayangnya hari ini kerabat Selangor sendiri menafikan
yang Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni adalah cucu kepada
Sultan Selangor.
Kisah Bubu yang menyatakan dia adalah daripada golongan kerabat
diraja Selangor telah pun sampai ke pengetahuan Sultan Sharafuddin Idris
Shah Alhaj dan baginda bertitah yang yang mengatakan baginda tidak
mempunyai cucu bernama Bubu. Tambah pelik ialah apabila penggunaan
awalan “Raja” biasanya digunakan oleh kerabat Perak sementara kerabat
Selangor menggunakan “Tengku”.
Diharap Syahrini dan Bubu dapat tampil ke hadapan dan memperbetulkan
situasi yang ditimbulkan oleh mereka ini. Tak salah Abang Nara, sebelum
ini siap ada pengakuan yang menyatakan hubungan mereka direstui oleh
kerabat Selangor. Agak pelik juga macam mana perkara seperti ini boleh
terjadi. Macam-macam jenis jugak manusia ini rupanya.
Wednesday, May 23, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment