BATU PAHAT – Sepasang suami isteri yang panik mencari anak hilang,
terkejut dan bingung apabila anaknya ditemui dalam periuk di rumah
mereka di Kampung Sri Ladang, Rengit, Jumaat lalu dalam keadaan tidak
bernyawa.
Bayi malang berusia dua bulan itu, Asyraful Iskandar Mohd Noor, ketika ditemui polis, berada dalam periuk dalam kabinet dapur.
Bapa bayi itu, Mohd Noor Salleh, 58, berkata, pada hari kejadian jam 8
pagi, Iskandar tidur dalam buaian, malah dia sempat menjenguk anaknya
sebelum keluar ke klinik.
“Pagi itu, sebelum ke Klinik Kesihatan Sri Merlong untuk ambil ujian tekanan darah, saya sempat menjenguk Iskandar.
“Bagaimanapun, sewaktu pulang ke rumah sejam kemudian, isteri
kelam-kabut memberitahu Iskandar hilang dari dalam buaiannya,” katanya.
Menurut Mohd Noor, isterinya, Zarinah Dahalan, 42, memberitahu, dia
sedang membuai Iskandar dan bangun meninggalkan bayi itu seketika untuk
memasak.
“Apabila isteri saya kembali ke buaian, dia lihat Iskandar tiada di situ,” katanya.
Mohd Noor lantas memaklumkan kepada jiran untuk sama-sama mencari anaknya.
“Puas saya bertanya dengan semua jiran dan mencari Iskandar di merata-rata tempat, namun tidak berhasil.
“Setelah menemui jalan buntu, saya buat laporan berhubung kehilangan
Iskandar di Balai Polis Rengit pada hari sama jam 11 pagi,” katanya
Menurutnya, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan
Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kemudian tiba di
rumah sebelum memeriksa setiap bahagian.
“Semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis menemui Iskandar dalam periuk
yang diletakkan dalam kabinet di bahagian bawah ruang dapur.
“Ketika itu bayi kami sudah meninggal dunia. Mayat Iskandar dihantar ke
Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca
kematian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan.
“Berdasarkan bedah siasat pada mayat Iskandar, tiada kesan mencurigakan
ditemui dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,”
katanya.
Dalam pada itu, Zarinah ketika ditemui Sinar Harian masih lagi trauma
dan enggan ditemu ramah. Iskandar, anak bongsu pasangan berkenaan
mempunyai seorang lagi abang berusia 15 tahun, namun dia tidak berada di
rumah pada masa kejadian kerana berada di sekolah.
Jenazah Iskandar selamat dikebumikan pada keesokan harinya.
aku baca nie semalam pun rasa pelik... kalau mati mengejut maksud nyer misteri ler tu.. di sembunyi makhluk halus ye pakcik polisi? baik kate kes culik pun kes makhluk halus... senang citer...
ReplyDeleteAlaa.. CSI cap Malaysia..
ReplyDeletepelikkkkk....
ReplyDeletetak kan la bayi dua bulan boleh merangkak jangan nk kate berjalan, merangkak pun blum tentu pass atau tidak...
weiiiii....
2 months only, dr buaian ke dlm periuk???
si ayah ke klinik, si ibu ke dapur??
there is no way la jin atau makhluk halus yg ltk bayi tu dlm periuk...