SEBELUM ini, nama pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 27,
sering menjadi tumpuan ramai gara-gara pelbagai kontroversi yang melanda
dirinya, terutama yang membabitkan kisah bersama kekasihnya, Ammar
Alfian.
Mengambil iktibar daripada pengalaman lalu, Puteri Sarah membuat
keputusan untuk mengambil sikap mengelakkan diri daripada sebarang
publisiti agar tidak lagi dihimpit dengan sebarang kontroversi murahan.
Ikuti temu bual bersama pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri
Asmaradana itu yang ditemui pada majlis pelancaran drama Indera Joned di
Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kosmo!: Sudah lama kisah anda jarang dipaparkan media. Adakah anda sudah tidak aktif berlakon sekarang?
PUTERI SARAH: Saya masih lagi bergiat dalam bidang seni sehingga ke hari
ini. Cuma kisah mengenai diri saya sekarang semakin jarang dipaparkan
media. Sehingga ada peminat yang menyangka saya sudah tidak lagi aktif
berlakon.
Saya mengambil keputusan untuk bersikap low profile bukan bertujuan
hendak melarikan diri daripada mana-mana pihak, tetapi ini adalah
langkah terbaik agar tidak timbul lagi sebarang cerita negatif mengenai
diri saya.
Selain berlakon, apa lagi aktiviti yang anda lakukan?
Mungkin ramai yang tidak tahu sepanjang tempoh setahun ini, saya sibuk
menyambung pelajaran di Kolej Olympia, Petaling Jaya, Selangor. Di kolej
tersebut saya mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Pengurusan
Perniagaan dan pengajian sudah tamat pada bulan April lalu.
Ini merupakan ijazah yang kedua kerana pada awal Januari 2011, saya
telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Pelancongan dan Hospitaliti Kolej Taylor, Kelana Jaya.
Apa yang menyebabkan anda mengambil dua ijazah?
Pada usia yang masih muda ini, seharusnya saya mengambil peluang untuk
menimba sebanyak ilmu pengetahuan. Lagipun, dua ijazah yang saya ambil
ini berlainan bidang dan dengan cara itu pelbagai pengetahuan dapat saya
peroleh menerusi kedua-dua bidang tersebut.
Adakah anda mempunyai sebarang perancangan selepas menamatkan pengajian?
Sebenarnya saya mempunyai cita-cita untuk membuka sebuah hotel sekiranya
tidak lagi berlakon. Jadi, saya mahu bekerja dalam bidang perhotelan
untuk menimba pengalaman terlebih dulu.
Kalau diikutkan, saya sudah merancang untuk berhijrah ke luar negara,
sama ada ke Amerika Syarikat atau Australia selepas tamat belajar dan
bekerja dengan mana-mana hotel dalam tempoh empat atau lima tahun.
Mengikut perancangan awal, saya akan pergi sebaik sahaja tamat
pelajaran, tetapi jadual lakonan yang padat membuatkan saya terpaksa
menangguhkannya. Mungkin saya akan pergi pada tahun hadapan.
Kenapa anda mahu bekerja di hotel luar negara, sedangkan di Malaysia sudah banyak hotel yang bertaraf lima bintang?
Sudah tentu cara kerja di Malaysia dan negara lain mempunyai banyak
perbezaan. Maka, dengan segala pengalaman yang saya peroleh di luar
negara nanti akan dapat membantu saya untuk membuka hotel sendiri di
negara ini pada masa akan datang.
Memang saya berkeinginan besar untuk merasai suasana kehidupan di negara
lain. Lagipun, semua adik-beradik saya telah berpeluang menyambung
pelajaran di luar negara, kecuali saya sahaja yang belum lagi ada
peluang.
Bagaimana pula hubungan anda dengan Ammar?
Buat masa ini dia masih lagi kekasih saya, dan kini sudah empat tahun
kami bercinta. Namun, kami berdua belum terfikir mengenai perancangan
untuk mendirikan rumah tangga kerana saya mahu memberikan tumpuan
terhadap apa yang saya rancang sekarang ini. – Kosmo
0 comments:
Post a Comment