KUALA LUMPUR : Pada sebelah petang semalam telah
berlangsungnya majlis penyampaian ganjaran kemenangan kepada Bintang
Paling Popular 2011, Aaron Aziz di Rafflesia Pearl Centre, Hotel
Parkroyal Kuala Lumpur.
Hadiah berupa seutas rantai mutiara berhias loket bertatahkan mutiara yang bernilai RM 250,000 menjadi milik Aaron Aziz.
Sebagai tanda cinta kepada si isteri yang juga merangkap pengurus,
Diyana Halik telah membuatkan Aaron Aziz berhasrat untuk meghadiahkan
kalung bernilai suku juta ringgit itu kepadanya.
Menurut Aaron Aziz, kalung itu adalah rezeki buat isterinya yang telah sekian lama berkerja keras untuknya.
“Terima kasih kepada Rafflesia yang memberikan hadiah mewah ini. Rasa
terharu dengan perhargaan setinggi ini dan hadiah ini akan disimpan
turun-temurun.
“Kalau nak beli perhiasan semahal ini mungkin tidak dan saya anggap ini merupakan rezeki saya pada tahun 2012.
“Jadi hadiah ini akan saya hadiahkan kepada Diyana, isteri saya,” ujar
Aaron setelah mengalung rantai tersebut ke leher isterinya.
Selain daripada itu, ada pihak yang bertanyakan tentang Diyana yang kini
dilihat sering menjadi perhatian sebagai isteri dan pengurus kepada
Aaron.
Dia juga sering dilihat sering menemani suami popularnya itu ke majlis hiburan.
“Mungkin sekarang Aaron Aziz sering diundang ke majlis dan sudah semestinya saya akan menemaninya sebagai seorang pengurus.
“Bukannya untuk mencuri atau menumpang glamor. Itu sama sekali tidak benar, ” ujar Diyana menjelaskan kedudukannya.
Manakala Aaron Aziz pula memberi tahu bahawa dia tidak membenarkan jika Diyana mahu terjun ke dalam bidang glamor.
“Kalau setakat mahu sesi fotografi penghias majalah atau cerita-cerita
di akhbar saya benarkan. Itu pun sebagai pengurus atau individu paling
dekat dengan saya.
“Tapi kalau dia mahu berlakon, itu pastinya saya tidak akan benarkan,”ujar Aaron sambil berseloroh.
Aaron Aziz yang kini semakin sibuk, juga menolak dakwaan mengatakan dia
sudah semakin demand sebaik saja selepas dinobatkan gelaran Bintang
Paling Popular ABPBH 2011.
Bagaimanapun dia menyifatkan sebarang penolakan berlakon kebelakangan
ini adalah kerana tuntutan masa dan jadual kerjanya yang sudah penuh
sebelum mendapat gelaran itu lagi.
Aaron Aziz bakal beraksi sebagai hos dalam Fear Factor Malaysia yang
akan menjalani penggambaran di Afrika Selatan, diikuti beberapa lagi
telemovie danjuga filem antaranya Dempak , Cicakman dan terbaru sekali
dia baru habis dengan drama Adam & Hawa. – Murai
0 comments:
Post a Comment